Larangan pengunaan beg plastik menjelang 2021, Thailand sokong kempen kurangkan pembuangan sisa pepejal di laut

Sumber Foto - Berita RTM

Thailand memulakan tahun baru 2020 dengan larangan penggunaan beg plastik sebagai usaha menyokong kempen kerajaan bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal di laut menjelang 2021.

Ini susulan kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan orang ramai tentang kesan pembuangan sisa pepejal terhadap haiwan dan alam sekitar.

Selepas insiden rusa dan dugong yang ditemui mati dengan plastik tersekat pada sistem penghadaman.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitarnya, Varawut Silpa-Archa, Thailand menduduki tempat keenam teratas dunia yang membuang sisa pepejal ke laut.

Tahun lalu, Thailand berjaya mengurangkan penggunaan beg plastik sebanyak 2 bilion atau 5,765 tan metrik sampah.

Bagaimanapun jelas Varawut lagi, perkara paling sukar untuk menjayakan kempen tersebut ialah 40% daripada beg plastik digunakan di pasar malam dan kawasan luar bandar.