“Bod*h tu simpan dalam peti ais boleh tak?” – Netizen berang tonton video sekeluarga sakan beraya turun kereta elak ‘roadblock’

SEPERTI yang telah diumumkan kerajaan, aktiviti ziarah sempena sambutan Aidiladha adalah tidak dibenarkan tambahan lagi dengan keadaan kes positif Covid-19 yang masih mencapai lima angka saban hari.

Namun tidak semua mengerti peraturan yang telah ditetapkan, ada juga yang seakan mencabar undang-undang ketat yang telah ditetapkan.

Seperti perkongsian seorang pengguna laman Twitter @ilyazrai apabila memuat naik satu video memaparkan satu keluarga yang terdiri daripada tiga wanita dewasa dan seorang kanak-kanak naik ‘gelabah’ apabila berdepan satu sekatan jalan raya (SJR).

Menerusi video berdurasi 13 saat itu, semua penumpang dikatakan keluar dari kenderaan yang setelah menyedari kewujudan SJR di hadapan.

Antara komen pengguna laman Twitter yang berang dengan sikap keluarga terbabit.

“Tengok ni! Manusia degil nak pergi beraya juga.

“Lepastu bila sangkut di ‘roadblock’, keluar dengan anak dan lintas lebuh raya tiga laluan, tulisnya.

Melalui pantauan The News, keluarga terbabit dipercayai dalam perjalanan untuk ziarah hari raya memandangkan mereka semua dilihat mengenakan pakaian baju kurung.

Video yang di muat naik pada petang selasa itu turut mengundang kecaman netizen yang berang dengan sikap tidak bertanggungjawab keluarga tersebut.

“Macam ni kita semua kena duduk di rumah lagi setahun,tak perlu kerja dan tak perlu makan. Dah penat duduk rumah namun masih ada yang keluar sesuka hati,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Bila kes nak reda bila masih ramai individu sebegini langgar PKP? Tolong duduk rumah diam-diam, tak kasihan kepada orang lain ke? Orang lain hilang pekerjaan kerana PKP namun mereka boleh pula ‘enjoy’ pergi beraya,” tulis seorang lagi pengguna.

“Marah bila orang gelar tidak cerdik dan berfikiran sempit, namun inilah perangai sebenar individu-individu berfikiran sempit yang pentingkan diri sendiri,” komen seorang lagi pengguna Twitter.

Video tersebut telah mendapat lebih 3 ribu ulang kicau dan  3 ribu tanda suka setakat ini.

Kejadian dipercayai berlaku di bawah jejantas lebuhraya The New Pantai Expressway (NPE).