Berusia 110, bertongkat nenek ini cekal mencari rezeki halal

Cukup memilukan melihat seorang warga emas masih berusaha menjual kerepek demi menampung kehidupannya.

Malah lebih menyedihkan nenek ini hanya menggunakan tongkat beroda untuk membawa hasil jualan di sekitar bandar Yogjakarta.

Melalui perkongsian di Twitter milik Budak Baonk, nenek bernama Ngatiyem ini berumur 110 tahun.


Sementara itu kisah Nenek Ngatiyem ini pernah dikongsi Kompas beberapa bulan lalu. Sudah kematian suami dan tidak mempunyai anak nenek ini memberitahu dia lebih suka berada di luar melakukan urusniaga dari berada di rumah sahaja.

Malah keuntungan yang dimilikinya itu juga hanya digunakan untuk membayar wang beca yang menghantar dan mengambilnya untuk ke tempat jualan.