Perompak jadikan pelanggan bank tebusan sebelum larikan RM28,000 di Ipoh

Menjadi mimpi ngeri untuk seorang pelanggan bank di Silibin, Ipoh semalam apabila dijadikan tebusan oleh seorang perompak bank semalam.

Menerusi laporan Perak Gazette Wanita berusia lingkungan 50-an itu dikatakan sedang berurusan dengan pihak bank sebelum premis itu diserbu seorang perompak yang mengacukan senjata kearahnya.

Menjadikan wanita itu sebagai tebusan, perompak yang memakai topi keledar gelap itu turut mengugut pekerja bank tersebut untuk menyerahkan wang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Asisten Komisioner Zaihairul Idrus berkata, dalam kejadian yang berlaku kita-kira pukul 4 petang itu suspek melarikan RM28,000 dengan menaiki sebuah kereta.

Menurut beliau, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun berlaku tembakan namun mangsa yang mengalami trauma telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Katanya, siasatan awal mendapati premis tersebut mempunyai pengawal keselamatan namun ketika kejadian lelaki itu berada di bahagian ruang pejabat.

“Kita telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek masuk ke dalam premis ini menggunakan pintu di bahagian mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

“Dipercayai terdapat seorang lagi lelaki terlibat dalam kejadian ini di mana dia menunggu rakanny di dalam kereta sebelum mereka melarikan diri,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.