Bertemu Kembali Duit Terakhir Pemberian Ayah, Wanita Ini Kongsi Kisah Sebenar

Merupakan duit poket terakhir daripada mediang ayahnya, pemilik akaun Facebook Anne Malar Yesudass berkongsi kisah not RM10 yang tular ini.

Jelas Anne, duit tersebut diberikan ayahnya ketika kali terakhir menghantarnya ke sekolah.

 

Saya berumur 17 tahun ketika itu, dia memberikan saya RM 10 bila pada 21 Mei 2010 dan menghantar saya ke sekolah pada pukul 7.10 pagi. Namun itu adalah kali terakhir saya bertemu dengannya apabila dia kemalangan dan meninggal pada hari yang sama.

Saya menyimpan not ini sejak hari tersebut sehingga 1 September 2018 ( hari dompet saya dicuri apabila saya menghadiri perkhemahan di Melaka).”

Saya tidak sedih apabila kehilangan dompet tetapi sedih kehilangan benda paling bermakna dalam hidup saya itu juga turut hilang,” tulisnya di Facebook.

Namun siapa sangka hampir setahun kejadian itu berlaku dia kini kembali mendapatkan not RM 10 hasil daripada usaha seorang wanita bernama Hyza Ezany.

Mungkin tersentuh dengan tulisan di atas duit tersebut, Hyza yang menggunakan laman sosialnya untuk mencari pemilik not tersebut dan turut mahu menyerahkan duit itu secara percuma.

Ternyata usaha yang dimulakannya itu mendapat sambutan apabila permintaannya untuk mencari pemilik asal not tersebut berhasil dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Apa yang paling istimewa disebalik kisah tular ini juga tidak sekadar memberi kesan kepada dua insan ini sahaja tetapi juga kepada pengguna Facebook lain.

Sumber FB Anne Malar Yesudass , Hyza Ezany.