Lionel Messi : Rekod Tercipta Untuk Dipecahkan

Rekod yang dicipta adalah untuk dipecahkan.”

Itulah kata-kata daripada pemenang Ballon d’Or 2019, Lionel Messi susulan kejayaannya meraih gelaran tersebut buat kali keenam.

Kejayaan pemain berusia 32 tahun kelahiran Rosario, Argentina itu menyaksikan beliau mencipta rekod sebagai pemain paling banyak menerima gelaran berprestij yang dikelolakan oleh majalah France Football.

Seperti yang telah diketahui umum, Messi berjaya menewaskan dua pesaing utamanya iaitu Virgil van Dijk dan Cristiano Ronaldo pada majlis yang diadakan di Paris itu.

”Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia satu perkara yang tidak dapat dibayangkan untuk memenangi anugerah ini, buat kali keenam.”

”Sangat menggembirakan untuk memenanginya buat kali keenam. Sangat baik buat saya apabila mendapat pengiktirafan daripada orang lain dan ia membuatkan saya bangga dengannya.”

“Saya fikir [seseorang yang akan memecahkan rekodnya]. Saya tidak tahu siapa tetapi ianya tidak mustahil untuk dilakukan.”

Rekod yang dicipta adalah untuk dipecahkan, tetapi saya tidak tahu siapa dan bila ia akan berlaku.”

Meskipun sekadar membantu Barcelona menjuarai saingan La Liga, 2018/19 menjadi musim yang memberangsangkan buat karier peribadi Messi setelah beliau dinobatkan pemenang kasut emas Eropah [72 mata], Liga Juara-Juara Eropah [12 gol] dan La Liga dengan 36 gol dihasilkannya.

Kredit fotoFrance Football