Berkahwin kali ke-37, 28 isteri, 35 anak dan 126 cucu jadi saksi cinta ‘atuk’

TULAR sebuah video di media sosial yang mengejutkan rata-rata warganet apabila seorang warga emas dikatakan bernikah untuk ke-37 kalinya.

Bukan hanya itu, difahamkan pernikahannya itu juga disaksikan oleh 28 isteri, 135 anak dan 126 cucunya dimana kesemua keluarga besarnya itu menyaksikan janji suci pasangan pengantin itu dilafazkan.

Terdahulu, lelaki tersebut dilaporkan telah berkahwin sebanyak 36 kali dan itu jelas dari jumlah anak dan cucunya yang sangat ramai.

Kini, hanya 28 orang isterinya sahaja yang masih hidup dan tinggal bersamanya.

Warganet bukan sahaja terkejut besar, malah mereka juga tertanya bagaimana lelaki berkenaan menguruskan kesemua isteri dan anaknya. Tidak asing juga ada yang mengkritik gaya hidupnya yang pelik.

Apa pun, rasanya tidak salah jika lelaki itu mampu dan tidak mengabaikan nafkah setiap isteri dan anaknya, setuju tak?
.