Ibu mana tak cemas! Bayi tertukar akhirnya sudah pulang kepada kedakapan ibu

BAGAI dalam drama! Itulah situasi yang tular mengenai detik cemas seorang ibu apabila menyedari anak yang baru sahaja dilahirkannya telah bertukar dengan bayi orang lain.

Video tersebut tular setelah Siti Suriani Wahiddin membuat satu perkongsian di Facebook pada 12 Jun.

Suriani, 22, mengakui awalnya tergamam berhadapan detik mencemaskan itu yang membabitkan anak lelaki keduanya.

Menurutnya, dia dan suami menyedari hal tersebut ketika mahu memotong tag yang berada di kaki anak dan ia menunjukkan nama wanita lain.

Awalnya, dia ada mengambil gambar anak selepas bersalin dan sebelum dibawa ke nurseri tetapi mereka hanya terpaksa menyedapkan hati kerana muka bayi mudah berubah.

Sehubungan itu, mereka menghubungi pihak hospital mengenai masalah itu dan bergegas apabila disahkan berlaku pertukaran bayi.

Sejurus itu, pasangan itu dibawa berjumpa dengan ibu bapa bayi asal dan kini difahamkan mereka telah membawa anak masing-masing.