Bekas PM Jepun, Shinzo Abe disahkan meninggal dunia selepas ditembak semasa berucap

berita viral

BEKAS Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ditembak ketika sedang berucap dalam satu majlis di bandar Nara, barat Jepun, disahkan meninggal dunia.

Abe, 67, rebah dalam keadaan berdarah lalu dikejarkan ke hospital berdekatan.

Kejadian itu menyebabkan Abe rebah dengan lehernya berdarah, kata sumber dari Parti Liberal Demokratik (LDP) kepada agensi berita Jiji.

Menurut pegawai kanan LDP (Parti Demokratik Liberal), Abe meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Kashihara, wilayah Nara, tempat beliau menerima rawatan perubatan.

Selepas kejadian, pihak media Jepun menggunakan istilah ‘no vital sign’ atau bermaksud tiada tanda masih.

Melalui satu video tular yang dirakam orang awam, Abe kelihatan ditembak dari arah belakang sebelum rebah.

Untuk rekod, Abe merupakan Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat apabila memegang jawatan itu bermula 2006 sebelum sekali lagi dipilih pada dari 2012 hingga 2020.

Kerajaan Jepun dikatakan sudah menubuhkan pasukan petugas susulan insiden itu.

Jurucakap tertinggi kerajaan Jepun juga dijangka memberi kenyataan dalam masa terdekat.

Sumber: Berita Harian