Bekas PM Jepun ditembak semasa berucap

berita terkini

BEKAS Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ditembak ketika sedang berucap dalam satu majlis di bandar Nara, barat Jepun, pada Jumaat.

Abe, 68, rebah dalam keadaan berdarah lalu dikejarkan ke hospital berdekatan, lapor Astro AWANI.

Media tempatan melaporkan kedengaran bunyi seperti tembakan ketika kejadian.

Seorang suspek lelaki berjaya telah ditahan di lokasi sama.

Wartawan yang berada di lokasi kejadian berkata mereka mendengar bunyi dua das tembakan berturut-turut ketika Abe sedang berucap.

Memtik laporan Kyodo News, Abe kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami serangan jantung.

Jelas Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirozaku Matsuno, kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi waktu tempatan.

Katanya, Abe berada di Nara sebagai sebahagian program kempen pilihan raya yang dijadual berlangsung pada Ahad (10 Julai).

Katanya lagi, keadaan Abe masih belum dapat dipastikan ketika ini dan Kerajaan Jepun sedang menyelaras tindak balas susulan insiden tersebut.

“Kesemua anggota Kabinet yang sedang berkempen, atau membantu kempen tersebut, diarahkan pulang ke Tokyo dengan segera.

“Keganasan seperti ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibenarkan,” katanya.

Sumber: Astro AWANI