Bayi Diselamatkan Kucing Daripada Terjatuh Tangga. Pujian Melangit Kepada Wira Kucing Ini.

Segelintir kucing mempunyai personaliti yang tidak begitu menyenangkan. Ada yang garang, suka menggigit, tidak patuh arahan dan sebagainya. Berbeza dengan anjing yang memiliki sifat pelindung terhadap tuannya. Tetapi bukan semua kucing mempunyai sifat sebegitu. Selain daripada mempunyai rupa yang comel dan gebu, kucing juga ‘berfungsi’ sebagai peneman yang baik tatkala kesunyian.

Inilah yang terjadi kepada seekor kucing bernama Gatubela. Kucing ini telah menjadi bintang sensasi internet apabila videonya menyelamatkan seorang anak kecil daripada terjatuh dari tangga menular.

Dalam rakaman kamera pengawasan (CCTV) berdurasi 54 saat yang itu, seekor kucing dilihat telah berlari menuju ke arah bayi kecil yang menghampiri tangga sekali gus menyelamatkan bayi berusia setahun itu daripada terjatuh menuruni tangga yang tinggi.

Semasa kejadian pada 31 Oktober itu, kucing yang comel ini dilihat sedang berehat di sebuah sofa sementara bayi dikenali sebagai Samuel ini sedang merangkak menuju ke tangga. Walaupun berada di atas sofa, si comel ini tetap memerhatikan gerak-geri bayi itu untuk memastikan keselamatannya.

Pada ketika itu, apabila Samuel semakin menghampiri tangga, Gatubela terus menerkam anak kecil itu bagi menghalangnya daripada terlibat dalam kemalangan yang tidak dijangka. Sejurus tindakan kucing itu, Samuel terus berhenti lalu mengundurkan dirinya sementara Gatubela masih lagi berada di posisi yang sama sambil memerhatikan tindak-tanduk Samuel.

Disebabkan inilah kita disarankan untuk tidak membiarkan anak kecil sendirian tanpa pengawasan orang dewasa. Bayangkan apa yang boleh terjadi sekiranya kucing itu tidak bertindak sedemikian? Pasti akan berlaku keceder4an yang serius kepada bayi ini.

Orang ramai yang menonton video ini terus memberikan komen yang positif dengan memuji tindakan murni si comel itu. Semoga tuan Gatubela akan terus mengenang jasa kucing ini terhadap keluarganya…

“Wira kucing! Tetapi ibu bapanya cuai!”

“Comel tetapi saya simpati melihat keluarga ini yang hidup dalam keadaan seperti itu”.