Pearwah Simpan Hasrat Bertemu Siti Nurhaliza

Masih ingat pelakon Thailand Nichaphat Chatchaipholrat yang mencuri tumpuan apabila menyanyikan lagu lagu Comel Pipi Merah baru-baru ini sehingga tular.

Video nyanyian YouTube Nichaphat atau lebih dikenali dengan nama Pearwah itu ternyata mendapat perhatian ramai memandangkan bukan perkara biasa untuk selebriti Thailand menyanyikan kembali lagu-lagu dalam bahasa Malaysia.

The News bertemu dengan Pearwah semalam di majlis sidang media sempena konsert Dimsum Thai Pop 2019 di Ideal Convention Centre, Shah Alam yang akan berlansung hari ini.

Menjelaskan dia cukup menyukai lagu tersebut, kata Pearwah dia hanya diberitahu lagu itu dinyanyikan penyanyi nombor satu Malaysia melalui peminatnya di sini.

Saya sangat menyukai lagu tersebut kerana melodinya sangat comel.”

Namun saya hanya tahu penyanyinya melalui peminat saya di sini,” katanya.

Sementara itu ditanya sama ada dia mahu berjumpa dengn Siti Nurhaliza sendiri. Kata Pearwah dengan rendah hati adalah dia boleh bertemu dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

Bolehkah saya berjumpa dengan dia?” Tanyanya kembali.

Sementara itu selain Pearwah antara artis lain yang akan turut menjayakan konsert Dimsum Thai Pop 2019 adalah Sunny Suwanmethanont, yang popular menerusi filem Brother Of The Year dan anggota kumpulan 9BY9 Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut .