Semalam berlaku kejadian yang selama kami sekeluarga tak pernah terfikir terjadi pada kami dan selalu dengar tentang scammer melalui phone dan internet tetapi ini yang real tunjuk muka pula.
Kami sekeluarga baru pulang dari Melaka ikut suami berkursus di sana. Dalam jam 5.00㏘ lebih kami berhenti di Nilai untuk solat Asar kereta husband aku parking di hadapan Paparich.
Bila husband dan anak lelaki aku keluar untuk solat. Aku yang sebelum memang agak lambat nak lock pintu kereta aku jerit panggil anak perempuan aku yang duduk belakang supaya cepat2 lock pintu sebab aku nampak ada kereta di belakang tak pasti kereta apa macam kereta BMW dan keluar lelaki India macam ala2 mafia meluru dekat kereta dan aku rasa tak sedap hati pada waktu yang sama aku pulak pegang baby.
Nasib masa dia sampai ke kereta kami, kereta dah locked. Dia suruh bukak pintu aku ingat dia nak suruh kete kami kuar sebab kete dia nak parking kat situ aku nak call husband tapi phone dia tinggal dalam kereta so aku hon kereta sebab nampak dia masih tak jauh.
Husband aku patah balik dan tanya kenapa. Dia cakap nak tarik kereta katanya dah lama tak bayar di situ dah macam kantoi sebab kereta kami dah lama habis bayar dah dapat geran dari bank kalau betul diorang penarik kereta septutnya ada surat RO, then die pusing cerita cakap no plat kereta kami klon sebab ada orang pakai siap tunjuk kad id dari KPDNKK yang aku nampak dari dalam kereta kad lesen L, then husband cakap ini memang no plat kereta kami.
Situ nampak bodohnya apa kaitan dengan KPDNKK kalau dia tunjuk kad JPJ ada jugak kaitan. Husband pun notice suruh aku bukak pintu sebab nak amik hp dan cakap kat diorang tak pe saya call polis situasi agak tegang salah seorang cuba push dan nak rampas hp husband.
Ada dua lelaki India sorang dah bawak kereta pergi dari situ bila husband cakap nak call polis tapi seorang masih mahu push husband. Husband call betul depan kereta sebab kereta kami ada kamera.
Then aku pun tengah pegang baby amik video jugak lelaki India yang berbaju merah tu nampak die cuba macam nak sorok muka bila dia nampak aku dalam kereta pegang hp amik gambarnya.
Lepas tu aku nampak macam die tengah communicate dengan seseorang yang tak jauh dari situ sebelum dia blah masa tu husband masih berbual di phone .
Aku memang perasan ada lelaki macam Indon berdiri depan sebelah kiri kereta kami dari awal sebelum lelaki India tu sampai dan menyaksikan situasi tegang kami sambil mengunyah makanan dan bila aku cuba amik video die juga die terus blah dari situ tak pasti rakan subahat atau apa.
Kejadian ni husband memang buat report polis. Mungkin kejadian ini tidak berjaya kerana Allah berkehendakkan ianya tidak terjadi. Situasi tu aku bernasib sebab husband belum jauh dari kereta jika tidak mungkin aku akan bukak kereta minta anak perempuan aku panggilnya di surau.
Aku berharap agar rakan2 semua berhati2 banyak trick orang buat jahat dengan modus operandi yang sama. Ni video dari hp aku dan gambar satu tu dari kamera kereta husband serah pada polis. Jika rakan2 park kereta dan ada orang di dalam, orang di dalam kena segera lock pintu kereta sebelum kejadian tidak diingini berlaku.
Mudahan kita dan keluarga kita dilindungi dari perbuatan jahat manusia dan sentiasa di bawah rahmat-Nya. Aaminnn.