Anak cedera dibuli murid Tahfiz, bapa luah rasa tidak puas hati pihak tahfiz sembunyikan kejadian sebenar

Seorang bapa meluahkan rasa tidak puas hati melalui laman sosial apabila kes buli anaknya pusat Tahfiz baru-baru ini digugurkan dengan alasan pembuli anaknya itu bawah umur.

Apa yang lebih membangkitkan kemarahan lelaki ini, Syamsul Hashim memberitahu dia sangat kesal dengan pihak pengurusan Tahfiz anaknya itu yang dilihat mengambil ringan perkara ini walaupun anaknya itu patah dua jari kaki akibat kejadian itu.

 

Jelasnya pada mulanya ustaz pusat Tahfiz tersebut memberitahu kecederaan anaknya itu adalah disebabkan jatuh tangga. Bagaimanapun penyisatan Syamsul membuktikan kecederaan anaknya itu bukan berpunca daripada kemalangan tetapi perbuatan buli salah seorang murid.

Posted by Syamsul Hashim on Monday, 30 December 2019

Walaupun pada mulanya dia tidak mahu membesarkan hal ini, tetapi sikap sambil lewa pihak pengurusan Tahfiz berkenaan dalam menyelesaikan hal ini sangat mengecewakan. Selain mahu ibu bapa di luar sana lebih berhati-hati, Syamsul turut mahu kejadian yang menimpa anaknya ini diambil sebagai pengajaran.

“Korang rasa patut ke kes ank aku ni ggur mcm tu je?? Alasan yg diberi bdk tu 17thun bwh umur dan itu adalah 1st kes.. wajar ke alasan tu??

“Pada awal ye aku xnk viral tapi oleh kerana pihak tahfiz xnk bertanggung jawab aku kasi la korang glamour supaya bnyk lagi duit korng blh collect saja tanpa memikirkn keselamatan murid.. mana mak bapak yg dlm frenlist aku ni ada hntr ank nye kesana hati2 la ye.. jgn dh jadi mcm ank aku bru nk buat tindakkan.. ,” tulisnya.

Posted by Syamsul Hashim on Monday, 30 December 2019

Perincian kejadian yang menyebabkan dua jari kaki anaknya disahkan patah.

“Ank aku kena pkul 8/3/2019 tapi aku diberitahu pohak tahfiz 10/3/2019.. waktu kejadian aku ambik anak aku murid2 semua pakat ckp ank aku jtuh tangga.. dgn ustaz pon ckp jtuh tangga sedangkan ustaz ade waktu kejadian tu.. siap mrah2 lagi kononnye bdk gemok tu knp buat ank aku mcm tu” tambahnya.

 

Kecewa dengan pihak pengurusan

“Kenapa dari awal xnk crita hal sbnr? Knp mndiamkn diri?? Bile aku tekan bru korng nk cerita hal sbnr..

“ustaz pon anak kecik lagi.. sorng lagi belom kawen.. xrasa lagi ape aku rasa kan.. igt kifarah tu ade utk korng yg merahsiakn semua ni.. aku hntr ank aku kesana dgn harapan dpt didikan agama yg padu…! Tapi sebalikknye jadi mangsa buli.. murid yg lain yg ketawakn ank aku tu aku doakan korng berjaya dimasa akan dtg.. tahniah,” tulisnya lagi.

Madrasah Tahfiz Nurul Huda مدرسة تحفيظ نور الهدى
#PDRM – (POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA)
#SPRM #Sahabat SPRM #Polis Selangor

*p/s
Mana yg ada anak2 , ank buah, sedara mara hati2 bile mereka di asrama tu.. ape yg ank tu mngadu selidik betul2.. jgn senasib dgn ank aku.. ???

Sumber : FB Syamsul Hashim