Zoo Terbakar Dipercayai Kena Percikan Bunga Api Tahun Baru, Lebih 30 Ekor Haiwan Mati

Sumber Foto - Google

Jerman, 2 Dis – Dipercayai gara-gara terkena percikan bunga api ketika sambutan tahun baru 2020, sebuah zoo di sini terbakar teruk semalam.

Dalam kebakaran itu, sebanyak lebih 30 haiwan mati termasuk kera, monyet, kelawar dan burung.

Menurut jurucakap zoo, seluruh tempat tinggal monyet musnah dalam kebakaran berkenaan.

Kumpulan forensik kebakaran masih menjalankan siasatan sama ada kebakaran berpunca daripada bunga api ketika sambutan tahun baru.

Walaubagaimanapun pihak pengurusan zoo itu belum mengesahkan andai ia berpunca daripada bunga api atau sebaliknya.

Sumber: Astro AwaniExpress.co.uk