Ambil kesempatan guna gambar kanak-kanak sakit untuk minta derma, “En Saifudin” diburu

Niat untuk menderma itu tidak salah namun niat itu juga sebenarnya harus datang dengan kebijaksanaan agar tidak menjadi mangsa aktiviti penipuan. Melalui pendedahan Ihs Muadzam Muadzam invididu yang menggunakan nama En Saifudin ini menggunakan gambar kanak-kanak sebagai cara untuk dia mengautkan keuntungan haram.

Melalui perkongsian Ihs Muadzam Muadzam terdapat beberapa perkongsian berbeza tentang kanak-kanak yang meminta bantuan kewanganya namun apa yan pelik nama bapa dan nombor akaun yang tertera pada perkongsian itu menggunakan nama yang sama.

 

Turut menunjukkan beberapa perkongsian “En Saifudin” yang kononnya memerlukan bantuan untuk anaknya, namun tidak dapat dipastikan dari mana dia mengambil gambar kanak-kanak tersebut.

“Aku syak anak anak En Saifudin ni memang semuanya Berpenyakit ye. Hati hati la korang yang suka share konon nak jadi orang pertama share, Orang Pertama sedekah amal jariah. Padahal Scammer duk goyang telo kat umah kira duit masuk dalam acc,” tulisnya

Meminta agar mereka di luar sana lebih berhati-hati sebelum berkongsi melalui laman social, Ihs Muadzam Muadzam agar pengguna laman sosial juga turut menjalankan tanggungjawab untuk melaporkan aktiviti penipuan ini kepada pihak berkuasa.

“Wahai en saifudin. bape ramai anak hang sakit noh.. semua extrem2 tu… senang buat duit.

“Sedar lah wahai netizen. jangan mudah terpedaya. semua No Acc sama. semua anak dia ke? tak pelik,” tanyanya lagi.