Pendapatan ASB Paling Rendah, Warganet Anggap Pinjaman Untuk Pelaburan Ini Hanya Membebankan

UMUMNYA bagi yang membuat pelaburan dalam Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pasti menunggu penuh debar pengumuman agihan pendapatan setiap akhir tahun.

Namun penguman yang baru dibuat sebentar tadi oleh dibuat Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz di Kuala Lumpur, hari ini cukup mengecewakan ramai pihak.

ASNB mengumumkan pendapatan 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.

Malah ini adalah pulangan paling rendah dalam sejarah berbanding 2018. Bagi tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan (dividen) sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Sumber Foto : Hmetro

Sementara itu membaca komen dibeberapa portal mengenai perkhabaran ini rata-ratanya ramai yang terkejut selain beranggapan pinjaman yang dibuat mereka untuk melabur di dalam ASNB kini tidak lebih dari hanya bebanan sahaja