Aksi Sloth Selamba Melintas Depan Anakonda

Netizen Kecut Perut Lihat Aksi Sloth Selamba Melintas Depan Anakonda

Anakonda adalah antara haiwan yang paling digeruni manusia kerana saiz haiwan itu yang besar dan kebolehannya untuk membelit mangsa dengan ototnya yang kuat.

Tambahan pula, ular anakonda juga mempunyai reputasi yang buruk sebagai ‘pemakan manusia’ selain turut dipercayai gemar memakan haiwan-haiwan mamalia yang lain.

Walau bagaimanapun, dalam sebuah video yang tular di Twitter, aksi seekor sloth melintasi ular terbesar di dunia itu membuat netizen kecut perut.

Anakonda hijau berkenaan dilihat sedang berehat apabila seekor sloth datang menghampirinya dari sisi dan menyentuh badan ular itu dengan tangannya.

Tindakan sloth itu membuat ular berkenaan terkejut dan berundur sambil memerhatikan sloth itu berjalan pergi di hadapannya.

Rata-rata netizen yang meninggalan komen tidak menyangka bahawa sloth itu akan terselamat dari dimakan anakonda tersebut.

Namun ramai yang menjelaskan bahawa anakonda itu mungkin baru lepas makan sebab itu dia tidak menghiraukan sloth tersebut.

“Sloth tu tau anakonda tu baru lepas makan…”

“Anakonda hanya makan sekali dalam beberapa minggu…”

“Tak sangka juga ular tu tak patuk untuk perlindungan diri…”

“Perlukan keyakinan macam ni…”

“Pejam sebelah mata masa tengok…”

Sumber : Twitter