Aliff Syukri Raih RM 70 ribu Sebulan melalui YouTube

Ternyata status sebagai selebriti laman social tidak sekadar memberi popularity kepada Datuk Seri Aliff Syukri . Kongsi pengasas produk jenama As Legacy ini, laman social kini juga menjadi antara punca pendapatan buat dirinya.

Membuat pendapatan sehingga RM 70 ribu sehingga 80 ribu sebulan melalui YouTube, kata Aliff ramai sebenarnya mereka di luar sana yang tidak tahu kegigihanya menyediakan bahan tontonan di Youtube bukan sekadar untuk meraih perhatian seperti yang dikatakan.

Saya sudah menggunakan laman YouTube untuk berkongsi kisah saya sejak dua tahun lalu. Namun mulai serius menjadikan ini sebagai salah satu punca pendapatan sejak enam bulan lalu.”

“Berada dalam senarai pemilik 10 YouTube paling berpengaruh di Malaysia sebenarnya adalah satu kebanggaan buat saya juga,”katanya yang merupakan pemilik akaun TV Terlajak Laris di Youtube dengan hampir 1 juta pengikut.

Sementara itu ditanya apa kelebihan yang diperlukan untuk seorang “youTuber” untuk berjaya. Kata Aliff dia menasihatkan agar mereka di luar sana sentiasa bersedia dengan cabaran baru dunia digital.

Untuk permulaan jangan jadikan ini sebagai kerjaya sepenuh masa. Selain perlu menyediakan bahan yang menarik jadi ideanya perlu berbeza.

Impian saya sendiri untuk menyediakan program realiti seperti Keeping Up with the Kardashians.”

Jadi untuk itu saya juga mempunyai pasukan khas yang akan merakam kehidupan harian saya,” katanya.