Pelampung ‘Tersekat’ Ketika Syok Bermain Gelongsor Air

Taman tema air menjadi tempat pilihan ramai orang untuk bersuka ria dan meluangkan masa bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Dengan pelbagai permainan menyeronokkan yang disediakan, taman tema air memang tidak lekang dari gelak tawa pengunjung yang mudah terhibur.

Permainan water slides juga sentiasa dipenuhi suara-suara sorakan dan jeritan pengunjung yang seronok di bawa arus air deras.

Namun dalam satu video yang tular, gelakkan keseronokkan pengunjung di sebuah taman tema air bertukar menjadi ketawa geli hati.

Dalam video berkenaan, keseronokkan dua orang gadis yang sedang meluncur dengan gelongsor air terbantut apabila pelampung mereka tersekat sebelum tiba ke hujung gelongsor.

Kejadian itu membuat mereka terpaksa bertungkus lumus untuk melepaskan diri dan berundur dari water slides itu sambil tergelak geli hati.

Malah penonton lain juga turut terbahak melihat insiden lucu berkenaan.