Abang Persona dedah apa yang berlaku, ending cerita lelaki langgar wanita guna motor buat ramai geram!

SETEL macam tu je? Video tular petang semalam berkenaan seorang penunggang motosikal yang melanggar berkali-kali seorang wanita telah mendapat perhatian warganet, lapor portal Oh My Media.

Selepas bertindak melanggar wanita tersebut, lelaki itu telah ‘disauk’ oleh Proton Persona yang bertindak menghentikan keganasan yang dilakukan sebelum penunggang motosikal terbabit ditahan orang ramai.

Namun, selepas video tersebut viral, rupanya lelaki yang mencederakan wanita itu telah dilepaskan kerana wanita terbabit enggan membawa kes ke balai polis.

Perkara terbabit diceritakan oleh pemandu Proton Persona berkenaan di ruangan komen Facebook sebelum dimuat naik kembali ke Twitter.

Menurut pengguna Facebook yang juga pemandu Proton Persona dikenali sebagai Anan Zakri, selepas dia menyekat penunggang motosikal itu, dia terus bergegas pergi kerana mengejar masa.

PERKONGSIAN pemandu Proton Persona berkenaan mengenai kesudahan insiden itu di Facebook.

Namun, menurut ibu saudaranya yang bertugas di Balai Bomba Alor Setar (tempat kejadian), wanita yang dicederakan pasangannya telah kembali menaiki motosikal bersama lelaki tersebut dan bergerak pergi.

Memang cinta itu membodohkan. Pastinya perkara itu membuatkan beberapa orang netizen bengang dengan tindakan wanita itu. Beberapa komen yang diterima juga kembali menyalahkan wanita tersebut kerana tetap mahu membela lelaki baran berkenaan walaupun sudah dicederakan di khalayak ramai.

Sumber: Oh My Media