Seramnya! Kelibat ‘cik ponti’ kat roadblock PKP bikin meremang bulu roma

KETIKA ini, petugas barisan hadapan termasuk polis dan askar di seluruh negara sedang giat melakukan sekatan jalan raya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor portal Siakap Keli.

Sekatan dilakukan di beberapa kawasan atau jalan yang menjadi laluan orang ramai termasuk di kawasan yang sunyi.

Pun begitu, rupa-rupanya bukan manusia saja yang melalui kawasan itu namun ada entiti lain juga.

Melalui kiriman yang viral di media sosial sejak semalam, kelibat pontianak didakwa telah dilihat semasa petugas sedang melakukan sekatan jalan raya.

Penampakan ‘cik ponti’ di kawasan gelap itu didakwa berlaku di Jalan Giram, Kunak, Sabah.

Tidak dapat dipastikan kesahihan gambar-gambar tersebut namun ia sememangnya menarik perhatian netizen.

Sumber: Siakap Keli