Video Tular Ikut Lelaki Balik Rumah Adalah Rekaan Semata-mata – Lola

Bulan lalu tular sebuah video di mana seorang wanita yang dikenali sebagai Lola mengaku dirinya sudah dua kali mengikut lelaki yang baru dikenali di kelab malam pulang ke rumah.

 

Bagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai Lola itu tampil memberi penjelasan di Tiktok selepas dirinya dikecam teruk oleh netizen.

Menerusi penjelasannya di Tiktok, segala yang disebut dalam video yang tular hanyalah rekaan semata-mata termasuk nama, umur, asal dan juga cerita dirinya mengikut lelaki pulang ke rumah.

“Saya rasa terpaksa buat video penjelasan ni sebab dah terlalu melampau

“Saya sebenarnya bekerja dengan entertainment company tersebut. Dan yang berdiri di sebelah saya dalam video ni adalah founder merangkap bos saya.

“Content tersebut hanyalah berkontekskan marketing sahaja,” jelasnya dalam video tersebut.

Lola juga turut menfikan bahawa dia pernah mengikut mana-mana lelaki pulang ke rumah.

“Saya tak pernah balik dengan lelaki. Mana yang mengenali saya tahu saya balik macam mana.”

 

@urgurl101 here is something to clear things up ! kalau boleh share , share ye saya dah explain pasal lola😘 #fypシ ♬ original sound – 𝙩𝙮𝙖𝙧𝙖𝙚𝙠𝙢𝙖