Tolak Kekasih Hingga Mati, Pemandu Lori Berdepan Hukuman Mati

Seorang pemandu lori yang menolak jatuh kekasihnya hingga mati dalam kejadian di sebuah kondominium bulan lalu berdepan tali gantung apabila didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Nathan didakwa membunuh teman wanitanya yang merupakan warga Thailand, Mawika Laumyai, 32, di sebuah kondominium di Setia Alam kira-kira jam 10.02 malam pada 28 Februari lalu.

Video mangsa terjatuh menjadi tular dan tertuduh berjaya ditahan di lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian.

Tertuduh, V. Nathan,37, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan pada prosiding tersebut daripada tertuduh yang memakai baju-T dan seluar pendek berwarna hitam.

Dia dakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sumber : Kosmo