[Video] “Nampak Betul Hitam Hati” – Netizen Bengang Wanita Sengaja Patahkan Pokok, Parkir Sesuka Hati

Tindakan seorang wanita yang dengan sengaja mematahkan sebatang pokok mengundang kecaman netizen.

Menerusi video CCTV di X, pasangan yang dipercayai suami isteri itu meletakkan kenderaan di bahu jalan di hadapan sebuah rumah.

Bagaimanapun, ketika membuka pintu kereta di bahagian penumpang depan, pintunya terkena sebatang pokok yang ditanam di situ. Wanita itu bertindak mematahkan pokok tersebut menggunakan kakinya dan terus berlalu pergi.

Tindakannya mengundang kecaman netizen kerana kereta tersebut tidak sepatutnya diletakkan di situ.

“Amende perangai macam ni s***. Apa salah nya kau parking depan sikit, dah la parking sesuka hati pastu marahkan ke pokok tu alasan ganggu kau nak keluar kereta

“Dah la parking depan rumah orang…pokok jiran pun kau jahanamkan

“Kalau takda hitam dalam hati tu tak akan buat macam tu. Akan ada lagi perasaan bersalah untuk buat perangai. Tapi dia buat juga tanpa rasa bersalah,” antara reaksi netizen.