[Video] Rapper Terkenal, Killer Mike Ditahan Polis Selepas Menang Besar di Grammy

Penyanyi rap Amerika Syarikat, Killer Mike ditahan selepas menang besar di Anugerah Grammy.

Menurut Forbes, Killer Mike ditahan selepas kerana terlibat dengan pertengkaran di belakang pentas semasa anugerah itu berlangsung.

Dia kemudian dibebaskan dan dijadual hadir di mahkamah akhir bulan ini.

Video Killer Mike digari dan dibawa anggota polis tular di media sosial hari ini.

Ia berlaku sejurus selepas penyanyi rap dan aktivis politik itu memenangi tiga anugerah Grammy, yang pertama selama 20 tahun.

 

Sumber : Forbes