[Video] Nak Tutup Kedai, Tauke Terpinga-Pinga Polis Kejar Motor Sampai Dalam Bengkel

Seorang lelaki yang dipercayai pemilik bengkel berada dalam keadaan terpinga-pinga ketika ingin menutup premisnya pada Isnin.

Ketika sedang menurunkan ‘shutter door’, secara tiba-tiba dua individu menaiki motosikal meluru masuk ke dalam bengkelnya. Namun, apa yang lebih mengejutkan tidak lama kemudiam terdapat dua buah motosikal polis peronda yang turut memasuki premis tersebut.

 

Kejadian tersebut berjaya dirakamkan  kamera litar tertutup (CCTV). Menerusi video berdurasi 1 minit 23 saat yang tular di media sosial, polis dipercayai sedang mengejar dua individu tersebut.