“Famous Adik Tu” – Calon Memandu Bawa Anthony Loke Lulus eTesting

Beberapa hari yang lalu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan pelaksanaan inisiatif Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) yang bakal bermula April ini.

Ketika lawatan kerja bagi pelaksanaan eTesting itu di Institut Memandu Surfine Hitech Sdn. Bhd, Anthony Loke dibawa oleh salah seorang calon ujian memandu Muhammad Ridzwan Chum Abdullah.

Muhammad Ridzwan berjaya lulus ujian memandu tersebut dan terus mendapat Lesen Memandu Percubaan (P).

 

@surfinehitech “Akak yakin kau akan famous satu hari nanti, 1 KL kenal kau”.. Tahniahhh! #etesting #surfinehitechhululangat #calonetesting ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Menjengah ke ruangan komen menerusi Tiktok Surfine HiTech, keputusan sama ada calon lulus atau tidak ujian memandu adalah berdasarkan sistem. Melalui sistem eTesting juga, calon akan diberitahu kesalahan yang dilakukan ketika mengambil ujian tersebut.

Sumber : Bernama, Tiktok