Pemilik Rumah Degil, DBKL Robohkan Jeriji Besi Halang Laluan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan operasi bersepadu untuk merobohkan struktur besi yang menghalang laluan koridor awam di Seksyen 2, Wangsa Maju pada Isnin.

Operasi tersebut dilakukan selepas pemilik kediaman gagal mematuhi Notis Penguatkuasaan yang telah dikeluarkan pada 10 Januari 2024 untuk pemilik membuka sendiri struktur besi yang dibina.

DBKL menerusi kenyataannya telah merobohkan struktur besi yang di pasang tanpa kelulusan dan membuat halangan laluan koridor awam dibawah kesalahan Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Sisa struktur besi telah dipindahkan ke Stor JKME, Jalan Cheras untuk tindakan lanjut dan dokumentasi proses pelupusan.