[ Video ] Anak Jatuh Bangunan Depan Mata, Ibu Nafi “Membiarkan”

1376
Rakaman sebelum berlakunya kejadian budak ini terjatuh

Ahad lalu menjadi hari paling menyedihkan untuk sebuah keluarga yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Ternyata percutiaan mereka ke Penampang, Sabah hanya meninggalkan kenangan ngeri apabila anak mereka berusia tiga tahun meninggal dunia kerana jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di Jalan Bundusan, Penampang.

Apa yang lebih menyedihkan apabila kejadian itu berlaku di depan mata ibunya sendiri yang sedang mengekori anaknya dari belakang. Melalui perkongsian gambar di lokasi kejadian, punca kanak-kanak itu terjatuh adalah disebabkan terdapat ruang kosong di jambatan yang menghubungkan dua bangunan.

Bagaimanpun belum sempat mereka reda dengan apa yang berlaku laporan akhbar berbahasa cina yang mengatakan mereka “membiar” anak mereka sehingga berlakunya kejadian itu kembali membuatkan keluarga ini kembali sebak.

Salah seorang ahli keluarga kanak-kanak ini tampil menjelaskan keadaan sebenar. Tambahnya mana mungkin seorang ibu akan membiarkan anaknya bermain di kawasan yang berbahaya, malah didalam laporan polis yang dibuat juga pihak ibu kanak-kanak malang ini memberitahu tiada papan tanda atau halangan yang menjelaskan keadaan bahaya di bahagian hujung jambatan itu.

Baca juga:   Pilih Naik MRT Maya Karin Jadi Perhatian

Malah dalam situasi ini mereka juga bingung dengan kenyataan media pihak polis yang berbeza dengan laporan yang diberikan ibu mangsa.

Mengikut kronologi kejadian ini, pada mulanya keluarga ini sedang makan tengah hari di tingkat lima bangunan tersebut. Malah beberapa minit sebelum kejadian ibu mangsa turut merakam video dua anaknya berlari ke arah lubang di jambatan tersebut sebelum salah seorangnya jatuh ke bawah.