Uniknya Nama Puteri Nadia Aqilah

Baru sahaja melahirkan anak pertamanya 4 Disember lalu, Pelakon Nadia Aqilah sempat berkongsi gambar puterinya itu di laman sosial.

Memilih nama Senja Aqila, ramai pengikutnya turut mengakui nama pilihan Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Aqilah Bajuri, 34, cukup unik dan menarik.

Sementara itu berkongsi pengalaman melahirkan anaknya ini, Nadia memberitahu dia terus melupakan segala sakit yang dialaminya selepas mendengar tangisan pertama anaknya.


“Mama kata saya nakal sebab keluar awal tiga minggu. Namun, Mama juga beritahu apabila dia mendengar tangisan pertama saya, segala sakit di dunia sudah tak ada makna sebab Senja dah ubatkan segala-galanya,”tulisnya.

Nadia mendirikan rumah tangga dengan Saiful Ridzuan pada 20 April 2018.