“Cantik Dan Mewah” Majlis Aqiqah Anak Azrinaz Jadi Perhatian Netizen

Menjadi antara selebriti laman sosial paling diikuti kini siapa tidak mengenali Azrinaz Mazhar Hakim, 39,

Baru sahaja mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah untuk anaknya ketiganya, Areesya Malaykha, ternyata majlis serba mewah itu kini menjadi perhatian netizen di laman sosial.

 

Tidak sekadar mewah apa yang turut menjadi perbualan warga net juga adalah konsep karusel yang pastinya unik dan menjadi antara tarikan utama pada majlis tersebut.

Berkongsi gambar disekitar majlis itu juga, ramai yang turut memuji kecantikkan bekas personaliti televisyen ini yang cukup cantik mengenakan pakaian berwarna putih.

Sementara itu ada diantara pengikutnya juga turut memuji bagaimana Azrinaz sendiri cukup teliti mengadakan majlis secantik ini malah ada yang menggelarkan beliau sebagai antara yang suka mencetuskan trend terbaru.

Nampaknya ada yang tidak sabar untuk majlis ulang tahun anak Azrinaz yang pertama pula ya.