Umur 18 Tahun Baru Dapat Telefon Sendiri, Ramai Puji Adik Ni

Seorang pelajar perempuan tidak dapat menahan sebak apabila menerima hadiah telefon pintar daripada ayahnya selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Pelajar yang dikenali sebagai Nasuha itu tidak pernah memiliki telefon sendiri dan ia merupakan telefon pertamanya.

Video yang dimuat naik ayahnya menerusi akaun @profmas_positive menjadi tular di Tiktok dengan mendapat 2 juta tontonan.

Nasuha tidak dapat menahan sebak dan terharu kerana dihadiahkan telefon pintar tersebut selepas selesai menjawab kertas terakhir SPM.

Ramai netizen yang meninggalkan komen memuji Nasuha dan tidak kurang juga memuji didikan yang diberikan kedua ibu bapanya.

“Respect la dik 18 tahun bertahan nak dapat phone sendiri

“Tak sangka ada budak zaman sekarang yang dapat telefon pada umur 18. Tahniah dik!

“Bagusnya didikan mak bapa dia. Anak dia boleh dengar kata dan tahan sampai 18 tahun,” antara komen netizen.

 

@profmas_positive Apabila Nasuha dapat h/phone sendiri selepas tamat SPM 🤣 #profmas #psikologi #psikologiindonesia #kesihatanmental #keibubapan #spm #foryoupage ♬ original sound – PROF MAS POSITIVE 💕🌷