Tengku Hassanal Selamatkan Helang Tersangkut Tajur Ikan

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjaya menyelamatkan seekor burung helang yang tersangkut pada tajur ikan.

Peristiwa yang berlaku ketika Tengku Hassanal dalam perjalanan menuju ke Jeti Kampung Ganding daripada Pasir Tambang Kuala Tembeling sempena Jelajah Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 pada Rabu.

Tengku Hassanal mendapati seekor burung helang tersangkut pada tajur ikan. Tanpa berlengah, baginda sendiri segera memotong tali yang tersangkut dan berjaya menyelamatkan helang itu.

Baginda kemudiannya mengarahkan pihak bomba dan penyelamat untuk meletakkan burung tersebut di darat dan di tempat yang lebih tinggi.

Video Tengku Mahkota Pahang menyelamat burung helang itu tular selepas dimuat naik dan dikongsi baginda sendiri

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tengku Hassanal Shah (@this.7)