Tunku Idris Beri Perbezaan Kereta Terbang Dan Dron

Antara topik paling hangat didalam negara kini tentunya berkaitan kereta terbang pertama Malaysia.

Menerima pelbagai reaksi berbeza daripada pelbagai lapisan masyarakat bagaimanapun ramai yang masih keliru akan makna sebenar “kereta terbang” apabila kewujudan kereta terbang pertama Malaysia ini lebih menyerupai dron.”

Tidak ketinggalan menggunakan laman rasmi Instagram miliknya, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim turut mengambil kesempatan menjelaskan perbezaan antara kereta terbang dan dron kepada 771,000 pengikutnya.

Ada banyak perbincangan berkaitan makna sebenar kereta terbang dan dron.

Biar saya jelaskan, kereta terbang sepatutnya mampu dipandu atas jalan raya dan diterbangkan bila perlu,” tulisnya.

Turut memuatnaik contoh beberapa gambar kereta terbang, Tunku Idris juga turut menegaskan dron tidak berupaya melakukan apa yang kereta terbang mampu lakukan.

Dron (sila lihat gambar akhir) pula tidak. Sama-sama,” tulisnya ringkas.

Walaupun nampak kelakar namun penjelasan Tunku Idris sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar penggunaan kereta terbang bukan?

Jadi, adakah kita sudah bersedia untuk menerbangkan kereta?