Silap Makan Ubat, Nazim Othman Bengkak Mata

Gara-gara silap makan ubat, pelakon Nazim Othman mengalami alahan sehingga menyebabkan matanya bengkak. Selain itu juga kesan daripada pengambilan ubat itu juga menyebabkan dia sesak nafas.

Menjelaskan pada awalnya dia mengalami sakit kepala, dan mengambil ubat tersebut untuk meredakan kesakitan itu.

Ini kali pertama saya kena allergy to medicine sepanjang hidup di dunia yang penuh pancaroba ni. Selain mata bengkak , nafas pun jadi pendek.”

Allergies tak boleh dibuat main-main ye. Ada tahap allergies yang boleh mengancam nyawa macam apa yang pernah jadi kat @eleena.sui, “ jelasnya.

Namun alahan itu menyebabkan dia perlu terus ke klinik berdekatan dengan segera memandangkan ini adalah kali pertama dia mengalaminya. Malah turut dibantu Eleena Sui memandangkan pelakon itu juga pernah mengalami keadaan yang sama.

Memandangkan dia pernah kena tahap allergy to medicine yang parah, jadi dia la yang paling concern sekali bila tau saya kena allergy kat lokasi shooting #surikatriana tadi sampai bawak saya terus pegi klinik sebab dia takut kalau saya collapse / pengsan. ( like what happened to her before ) . Thanks babe! Jasamu kukenang,” tulisnya.