Syed Saddiq bantah pekeliling JPA

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kecewa dengan pekeliling baharu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluahkan bantahan itu melalui laman Twitter miliknya malam tadi.

Jelasnya bukan elaun penjawat awak yang patut dipotong tetapi elaun menteri.

“Potong elaun ahli politik dan menteri bukan elaun kritikal bagi doktor, ahli farmasi dan jururawat muda.

“Saya bantah pekeliling baru JPA yang melibatkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan,” katanya dalam ciapan twitternya malam ini.

Sementara itu Syed Saddiq yang juga Ketua Armada PPBM itu akan memendekkan cuti dan memulangkan elaun percutian selain meneruskan potongan 10 peratus gajinya seperti sebelum ini.