“Selamat Hari Natal untuk semua sahabat Kristian saya!” – Tunku Azizah

Twitter Tunku Azizah

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan perasaan gembira di laman Twitter untuk sahabat baginda yang akan menyambut Hari Natal pada hari esok.

Kemudian, Tunku Azizah turut menghidangkan rakamnnya di laman Twitter baginda semasa beberapa buah motor berkuasa tinggi bertemakan ‘Christmas’ yang dipandu mirip Santa Claus.

Lantas, ciapan baginda mendapat pelbagai respons dari warga maya yang menonton rakaman tersebut.

“Terima kasih Tuanku, Semoga Tuhan merahmatu hidup Tuanku sekeluarga, Daulat Tuanku.

“Masya Allah, sangat cantik. Malaysia memang negara yang aman walaupun mempunyai pelbagai kaum dan agama. Semoga hidup aman dan makmur. Ampun Tuanku,” tulis beberapa warga maya dia ruangan komen baginda.

Bagaimanapun, Ciapan baginda meraih tontonan lebih 15,000, 2,300 tanda suka serta komen yang positif.