“Sembang kereta terbang, sampah pun tak reti buang” Hadiah tahun baru, 9 tan sampah di jalanan

Sumber : Facebook Alam Flora

Perubahan angka 2020 dalam kalender rakyat Malaysia nampaknya tidak memberi makna besar buat segelintir daripada kita.

Menurut laman Facebook Alam Flora semalam hampir 9 tan sampah dibersihkan pekerja Alam Flora dibeberapa lokasi tumpuan sambutan ambang tahun baru.

Jumlah sampah dikutip di kawasan tumpuan selepas ambang tahun baru di Kuala Lumpur:9 Tan (KLCC : 4 tan, Bukit Bintang…

Posted by Alam Flora on Wednesday, 1 January 2020

Memerlukan hampir 100 tenaga kerja untuk memastikan lokasi tersebut kembali bersih. Ternyata ini adalah situasi biasa yang dilihat setiap kali sambutan tahun baru.

Sekaligus Ini membuktikan sikap masyarakat dinegara ini yang suka membuang sampah merata-rata masih ditahap kritikal.

**

Jumlah sampah dikutip di kawasan tumpuan selepas ambang tahun baru di Kuala Lumpur:

9 Tan (KLCC : 4 tan, Bukit Bintang : 2.5 tan, Dataran Merdeka : 2.5 tan)

Jumlah Jentera – 10 unit (kompaktor dan jentera pembersihan)

Jumlah petugas – 100 orang (termasuk pekerja am, pemandu dan penyelia)