Single pertama Wafariena “Carilah Aku” mula mewarnai industri muzik Malaysia

Wafariena Roslan atau lebih mesra disapa Wafa berjaya mengeluarkan single pertamanya berjudul “Carilah Aku” yang merupakan permulaan baik untuk Wafa menceburi bidang nyanyian pada tahun 2020.

Kemudian, lagu ini tampil dengan genre Balada serta hasil ciptaan dari Johari Teh dan lirik ditulis oleh Aryan di bawah naungan Map Music.

Kredit-Wafariena Instagram

Sementara itu, gadis tinggi lampai yang berasal dari Pulau Pinang ini turut berkata bahawa lagu tersebut mengisahkan percintaan jarak jauh juga mempunyai mesej tersendiri kisah duka dan lara.

“Lagu “Carilah Aku” mengisahkan tentang kisah percintaan yang terpisah oleh jarak jauh. Dan menceritakan berjauhan dengan pasangan adalah menyakitkan. 

“Wanita tersebut berharap dapat bertemu kembali dengan kekasihnya dan kekal bahagia, begitulah serba sedikit kisah lagu saya,” katanya kepada The News.

Sebagai tambahan, Wafa, 24, juga bergiat aktif dalam bidang permodelan serta melibatkan dirinya dalam bidang lakonan di dalam filem Buntat dan beberapa buah muzik video. Wafa juga fasih bertutur dan menyanyi dalam Bahasa Mandarin

Sementara itu, selepas sahaja sebulan lagunya dilancarkan di platform Youtube, pelbagai kecaman dan kata kesat berada di ruangan komen oleh warga netizen.

“Dari segi penyusunan lagu Out! Tidak kena, lirik maccam syair tapi suara penyanyi sedap.
 
“Suara sudah sedap tapi lagu hambar teruk.
 
“Saya ingat lagu raya tadi, Wish you Good Luck Wafa, Cuma Abang pesan jangan berkawan dengan unggas, sebab Abang masih single,” antara komen netizen di ruangan komen.
 

Bagaimanapun, Wafa berharap agar single pertamanya mendapat tempat di hati peminat serta sokongan dari media-media tempatan. Dan juga memberi inspirasi kepada mereka di luar sana yang ingin mengeluarkan lagu sendiri.