“Sekarang Ni Sungai Siapa?’ – Dua Pemancing Bergaduh Kawasan Sungai

 

Tular sebuah video di Tiktok apabila dua orang pemancing bergaduh berebut kawasan sungai.

Pemilik video yang dikenali sebagai Azrol Saad memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang memancing ikan di sebuah sungai. Azrol Saad kemudiannya dihampiri oleh seorang lelaki yang secara tiba-tiba mempersoalkan asal usulnya dan mendakwa Azrol telah memasuki kawasan sungainya.

“Sekarang ni sungai siapa?” soal lelaki tersebut.

Lelaki tersebut juga seakan mengugut ingin membakar kereta milik Azrol Saad.

Video yang mendapat tontonan lebih daripada 5 juta itu bagaimanapun membuatkan netizen terhibur.

 

@azrolsaadKenapa perlu bergaduh sungai bukan kita punya rezeki pun masing2 punya rezeki♬ original sound – Azrol Saad

“Sepanjang umur aku tak pernah lagi orang berebut sungai. Selalu berebut tanah je

“Seorang baju bomba, seorang seluar bomba,”antara komen netizen

Ada juga yang mengatakan mereka berdua bukannya bergaduh, tetapi ia adalah cara orang lama bergurau.

“Ini bukan gaduh la. Ini gurau-gurau cara orang lama.

“Gaduh tetap gaduh, ikan tetap naik,” antara komen netizen yang terhibur melihat gelagat mereka.

Menerusi satu hantaran lain yang dimuat naik, Azrol Saad mendedahkan yang dirinya serta individu tersebut sudah pun berbaik.

“Kita nak settlekan masalah yang viral. Pada dasarnya tak ada apa pun. Kita pun macam adik beradik. Tak ada masalah,” jelasnya.

 

 

@azrolsaadAlhamdulillah.. Dah berbaik

♬ original sound – Azrol Saad