Hasil DNA Sahkan Rangka Ditemui Milik Bella

 

Identiti rangka manusia tidak sempurna yang ditemui sebelum ini di sebuah rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7 Tongkang Pecah telah diketahui.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismal Dollah berkata, hasil laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diterima pada Selasa adalah sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kaka Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella.

“Sampel patologi telah dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 21 Januari dan laporan analisa DNA diterima pihak polis hari ini.

“Pihak polis sudah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut mayat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Menurut Ismail lagi, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan mendapat arahan tuduh salah seorang tangkapan dalam tahanan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok,” katanya.

Sumber : Sinar Harian