Sasaran 500,000 tandatangan minta Maszlee kekal sebagai Menteri Pelajaran akan tercapai kurang beberapa jam lagi. Bukti rakyat Malaysia mahu Maszlee dikekalkan.

Petisyen untuk kekalkan YB Maszlee Malik sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dilihat akan mencapai sasaran 500,000 dalam tempoh 24 jam dari sekarang.

Ini bermakna sokongan yang diberikan rakyat Malaysia untuk memastikan Maszlee kembali menggalas jawatan tersebut sangat tinggi memandangan petisyen itu hanya dilancarkan pada petang semalam.

Menggambarkan perletakkan jawatan Maszlee sebagai kehilangan besar buat negara. Menurut petisyen itu lagi Maszlee sebagai Menteri Pendidikan sudah berusaha meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru dan masyarakat.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kemudi beliau bersikap telus dengan segala inisiatif dan usaha reformasi pendidikan.

“Antara sumbangan beliau dalam tempoh yang singkat ini adalah sifar sekolah daif, program sarapan pagi percuma, program pertukaran guru suka sama suka, penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU (orang kurang upaya), perkhidmatan Internet kelajuan tinggi, peningkatan program TVET dan menjaga kebajikan guru,” tulis pemula petisyen bernama Tuah Kencana.

Dalam petisyen itu turut menyatakan segala inisiatif beliau dibayangi dengan laporan negatif yang disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.

https://www.change.org/p/perdana-menteri-kekalkan-yb-maszlee-sebagai-menteri-pendidikan