Zul Ariffin kembali ke IG manakala Remy Ishak padam semua gambar di IG

Ketika Remy Ishak menjadi perhatian kerana memadamkan kesemua gambarnya di dalam Instagram.

Ternyata seorang lagi pelakon kacak turut mencuri tumpuan apabila mengaktifkan kembali laman Instagram peribadinya.

Berkongsi gambar pertamanya ditahun 2020, Zul Ariffin sebelum ini memadamkan laman sosialnya itu kira-kira tiga minggu lalu.

Hanya menulis kapsyen yang cukup ringkas.

 

“Sudah 2020, hai semua,” tulisnya.

Mempunyai 2.6 juta pengikut di laman sosial, ternyata peminatnya turut mengucapkan selamat kembali kepada aktor tersebut.

Sementara itu bagi pelakon Remy Ishak, selepas memadamkan hampir kesemua gambarnya. Sejak beberapa jam lalu dia mulai memuatnaik beberapa gambar di laman Instagram. Bagaimanapun tiada gambar berunsur peribadi yang dimuat naik selain menjurus kepada kerjayanya sahaja.

Feed IG RemyIshak

Sumber : Instagram Zul Ariffin & Remy Ishak