“Rekod Dunia, Pelajar Ini Mendapat Markah Penuh!”

Hakeem Mohammad Akmal mencipta sejarah dunia mendapat markah penuh bagi kertas FA1 Recording Financial Transactions sekali gus mendapat tempat pertama di dunia bagi subjek yang diambil itu.

Walaupun beliau tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang perakaunan namun tidak menjadi halangan untuk beliau cuba ke arah bidang lain.

Namun, perasaan Hakeem tidak menyangka itu turut menerima anugerah dari badan profesional perakaunan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom.

“Sebelum ini saya mengambil jurusan sains tulen di peringkat sekolah menengah, namun saya buat keputusan tukar haluan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.

“Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan apabila dikelilingi rakan serta tenaga pengajar yang banyak membantu walaupun saya terlalu banyak bertanya,” katanya.

Sementara itu, Bercakap mengenai tips, Hakeem yang merupakan anak ketiga dari lima adik-beradik, juga tidak kedekut untuk berkongsi pada anak muda di luar sana.

“Jangan lagho (leka) sangat, kita sendiri kena pandai ‘control’. Tugas kita sebagai penuntut harus belajar sampai dapat yang terbaik, jangan pula terbaik dalam melepak.

“Saya juga bertuah kerana pensyarah yang mengajar kertas ini banyak membantu biarpun di luar waktu kelas. Saya pula seorang yang tidak akan puas selagi tidak faham sesuatu perkara.

“Di sini, saya dapat lihat kerjasama daripada tenaga pengajar dan penuntut amat penting untuk sama-sama berjaya kerana jika sebelah pihak saja yang bersungguh-sungguh mungkin tidak akan ke mana,” katanya lagi.

Bagaimanapun, menurut sumber Metro, Hakeem mempunyai perancangan dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang percukaian di UiTM melalui ACCA memandangkan jurusan itu agak mencabar dan mempunyai peluang pekerjaan yang luas.