Anak Abby Abadi Meninggal Dunia

Usahawan dan pelakon Abby Abadi berkongsi di laman sosialnya beberapa jam lalu memberitahu anaknya Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal yang dilahirkan pramatang pada 27 September lalu sudah meninggal dunia .

Baby D ❤ Tarik Mama Abah masuk syurga nanti ye sayang ?

Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal telah pergi meninggalkan kami.. ?,” tulisnya.

Abby yang kini berada di Mekah menunaikan Umrah bersama suaminya turut memberitahu jenazah anak bongsunya itu akan dibumikan di di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat.

Maafkan Mama Abah sayang ?.

Pak Ngah & Mak tehnya akan uruskan jenazahnya selepas subuh esok,” tulisnya lagi.

Dalam perkongsian yang sama Abby turut berkongsi video terakhirnya dengan Danial sebelum berangkat menunaikan Umrah pada 5 Disember lalu.

Sebelum ini bintang drama bersiri, Gerak Khas, itu dibawa ke dewan bersalin walaupun kandungannya baru memasuki minggu ke-23.

Terdahulu Abby yang mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015 mengambil dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Menerusi perkahwinan sebelum ini pula, aktres itu dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Dua tahun sebelum ini Abby juga pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandung meninggal dalam perut gara-gara tekanan darah tinggi.