Polis Melarang Dron Peribadi Diterbangkan Pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2020

Sumber Foto : Facebook PDRM

Polis kini telah mengeluarkan amaran, melarang mana-mana pihak untuk menerbangkan dron pada sambutan ambang tahun baru 2020 tanpa kebenaran pada malam esok.

Pihak polis akan mengambil tindakan kepada individu yang gagal mematuhi arahan ini, selain pada masa sama akan menggunakan pasukan anti-dron untuk menyekat kawalan ke atas dron yang diterbangkan di kawasan berkaitan.

Larangan menerbangkan dron ini dikeluarkan demi keselamatan awam, sekaligus mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku – seperti dron terjatuh diatas orang dan sebagainya.