5 keluarga rentung

Kredit-Sinar Harian

Kebakaran yang berlaku melibatkan lima keluarga sekaligus rentung di Kampung Menara Pamilaan, awal pagi tadi.

Mangsa yang rentung,  Khatijah Omar, 35, bersama tiga anaknya, dua lelaki dan seorang perempuan dikenali sebagai Sakiran Sulaiman, 9, Zahid Sulaiman, 6, dan Sapura Sulaiman, 3. Seorang lagi mangsa yang rentung ialah anak saudara Khatijah, Adira Suhaila, 12.

Kemudian, Suami Khatijah, Sulaiman Hajar melecur di kepala dan tangan dan dihantar ke Hospital Tenom oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, panggilan kecemasan diterima mengenai kebakaran itu pada jam 12.46 pagi.

Dua jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tenom diketuai Ketua Balai Zainal Sinsian ke lokasi kejadian sejurus mendapat panggilan.

Menurut kenyataan itu lagi, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya dan turut terbakar sebuah kereta Perodua Kelisa.

Api dapat dikawal pada 1.25 pagi dan dipadam sepenuhnya pada 3.29 pagi.

Menurut kenyataan itu, lima mangsa yang rentung ditemui oleh pasukan bomba di dalam rumah tersebut.

-Bernama-