Pilih Naik MRT Maya Karin Jadi Perhatian

Terkenal dengan sikap bersahaja pelakon dan penyanyi Maya Karin baru-baru ini dilihat menaiki pengangkutan awam MRT.

Ketika disapa Maya memberitahu dia sebenarnya dalam perjalanan ke majlis Malam Anugerah River of Life 2019.

Bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas selain mahu mengurangkan pembakaran bahan bakar yang digunakan kederaan yang boleh menyebabkan pencemaran, jadi Maya memilih untuk menaiki pengangkutan awam yang lebih efisen.

Sementara itu bercakap soal Malam Anugerah River of Life 2019, Maya turut menjelaskan dia kini merupakan duta kepada River Of Life.

Bercakap lebih lanjut mengenai River Of Life, Maya memberitahu ini adalah sebahagian usaha dalam memulihara sungai di negara ini.

Tidak sekadar kempen kesedaran, projek yang diwujudkan River Of Life banyak dinaungi pelbagai pihak yang ingin memastikan sungai di negara ini kekal sihat.