PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan KPM menerima laporan penutupan beberapa buah sekolah termasuk di Selangor dan Pulau Pinang, akibat penularan Influenza A.
Ia susulan pelajar di sekolah-sekolah terlibat didapati positif wabak tersebut.
Justeru, KPM dalam kenyataan medianya mengingatkan pihak sekolah supaya mematuhi Garis Panduan Pengawalan Penularan Wabak Influenza A yang dikeluarkan KPM.
Warga sekolah yang memiliki tanda-tanda jangkitan perlu diasingkan, dan segera dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Ibu bapa turut diminta lebih peka dengan tidak menghantar anak-anak ke sekolah, sekiranya mereka tidak sihat.